Sunday, July 6, 2008

TERLALU ISTIMEWA

Ezreehariefshah, sekarang berusia 9 tahun. Beliau disahkan mengalami autisme pada usia 4 tahun.
Kelakuan, tingkah laku dan sikapnya tidak seperti kanak-kanak lain. Beliau tidak bercakap tetapi beliau tidak bisu, beliau juga seolah tidak mendengar tetapi beliau tidak pekak dan beliau tidak mempedulikan kebanyakan perkara yang berlaku disekelilingnya.
Itu adalah antara sindrom autisme, satu nama baru yang mungkin tidak berapa dikisahkan oleh ramai orang.
Pada orang lain, kelakuan luar biasanya, akan dianggap gila.
Tetapi hakikatnya, Ezreehariefshah tidak gila. Beliau sebenarnya terlalu istimewa.
Beliau sekarang sedang belajar di sekolah khas yang ditubuhkan Nasom, iaitu sebuah pertubuhan sukarela yang bergiat aktif membantu kanak-kanak yang mengalami autisme.