Friday, February 13, 2009

MEMAHAMI ANAK KU


Pada orang lain, yang tidak memahami autisma (autism), mereka akan anggap anak lelaki ini tidak waras. Banyak kelakukannya tidak akan dimengertikan mereka di luar sana. Bagi mereka beliau gila.

Ya bahasa gila itu sememangnya kasar, tetapi tidak mengapa kerana mereka tidak memahaminya. Bagi ku biarlah apa orang kata, atau apa sahaja gelaran, dia tetap istimewa.

Mohd EzreeHariefshah, yang lebih dipanggil, Ayif suka bercakap sendiri dengan bahasa yang tidak difahami. Bahasa itu diperlajari dari menonton CD kegemaran seperti kartun dan movie.

Beliau asyik dengan bermain air, boleh bermain wire charger hp berjam-jam lamanya dengan mengeluarkan suara yang kuat, yang kekadang sehingga kedengaran ke rumah jiran.

Ayif juga hanya makan makanan tertentu. Tidak pernah menjamah walaupun sebutir nasi sepanjang usia 10 tahun beliau. Makanannya hanya biskut, keropok, ais krim dan coco crunch.

Walaupun sudah 10 tahun membesarkannya, masih banyak yang perlu dipelajari mengenai diri Ayif. Masih banyak kesabaran yang perlu dipelihara. Masih banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Memahami Ayif tidak susah, tetapi mengikut rentaknya kekadang amat sukar. Moga Allah membantu kami sekeluarga

No comments: